UNIT 7 PERANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7.4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-PPPM(2013-2025)
OBJEKTIF PPPM
i. Memahami prestasi dan cabaran semasa dalam sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan askes kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuh perpaduan dalam kalangan murid dan mengoptimumkan kecekapan sistem.
ii. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun.
iii. Menggariskan program transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.
GELOMBANG&ANJAKAN PPPM
Gelombang 1 (2013-2015)
Gelombang 2 (2016-2020)
Gelombang 3 (2021-2025)
11 ANJAKAN PPPM
Cabaran Menjayakan PPPM (2013-2025)
Cabaran | Keterangan
| Contoh |
Akses
| Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing- masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020. | 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan. |
Ekulti
| Sistem pendidikan berprestasi tinggi yang menyediakan pendidikan terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. | Merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.
|
Kualiti
| Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan pendidikan megara maju. | Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA.
|
Perpaduan | Menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. | Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah.
|
Kecekapan
| Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, kmenterian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
|
|
Aspirasi | Keterangan
|
Pengetahuan
| · Menguasai mata pelajaran teras dan pengetahuan umum tentang dunia. · Menguasai bidang pilihan, mampu memanfaat, menghubung dan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari, dan mampu menghargai kesenian, kebudayaan, serta sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM).
|
Kemahiran Dwibahasa
| · Menguasai bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan satu lagi bahasa komunikasi antarabangsa (sebagai tambahan).
|
Kemahiran Berfikir
| · Bersikap ingin tahu dan inovatif, boleh mengaplikasi dan menjana pengetahuan bagi penyelesaian masalah. · Menghayati pendapat yang pelbagai, berfikir secara kritikal dan inovatif, dan berkemahiran menyelesai masalah serta berciri keusahawanan.
|
Etika & Kerohanian
| · Mempunyai asas moral yang kukuh dan keberanian membuat keputusan yang betul. · Beretika dan bermoral, mempunyai kerohanian mantap, penyayang dan prihatin, menghayati pembangunan mampan dan gaya hidup sihat.
|
Kemahiran Memimpin
| · Mempunyai kemahiran berkomunikasi, berciri keusahawanan, cekal dan boleh memimpin serta bekerja secara berpasukan. · Komunikator yang berkesan, cerdas emosi dan mampu berinteraksi merentas budaya, bertanggungjawab, berdaya saing, cekal dan yakin.
|
Identiti Nasional
| · Mempunyai jati diri kebangsaan, menghargai kepelbagaian dalam masyarakat dan memahami aspirasi negara.
|
7.3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)
a) Misi & Matlamat PIPP
b) Teras Strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Teras 1: Membina Negara Bangsa
Fokus: Membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik&cintakan negara, menyanjung & menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa.
Pelaksanaan: Memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin murid, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab dalam kalangan murid.
CONTOH PELAKSANAAN:
i. Penyertaan murid daripada pelbagai kaum bagi aktiviti kokurikulum.
ii. Konsep perpaduan perlu diterapkan dalam semua aktiviti pendidikan.
Teras 2: Membangunkan Modal Insan
Fokus: Tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri murid. Teras ini juga berhasrat melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran.
Pelaksanaan: Menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin murid serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
CONTOH PELAKSANAAN:
i. Penyediaan profil murid untuk mengenalpasti tahap penguasaan.
ii. Penggunaan modular dan pelbagai kaedah pengajaran untuk penguasaan 3M.
Teras 3: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Fokus: Memperkasakan sekolah kebangsaan supaya menjadi pilihan utama masyarakat.
Pelaksanaan: Sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan TMK. Sekolah dibekalkan guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.
CONTOH PELAKSANAAN:
i. Guru terlatih mencukupi mengikut opsyen terutama di luar bandar dan pedalaman.
ii. Semua sekolah menekankan keperluan asas infrastruktur lengkap dan berfungsi.
iii. Pengetua/Guru Besar diberi tempoh percubaan selama setahun untuk capai KPI.
Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan
Fokus: Merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan murid untuk mengurangkan perbezaan daripada seg penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian murid serta keciciran .
Pelaksanaan: Membangunkan kemudahan infrastruktur pendidikan di luar bandar Saban dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minimum. Lebih banyak bantuan kepada murid miskin, bekeperluan khas dan kumpulan minont mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman.
CONTOH PELAKSANAAN:
i. Sekolah-sekolah pinggir bandar juga perlu diberi tumpuan kesesakan murid dan keperluan asas serta guru.
ii. Asrama desa dan asrama harian diperluaskan. Definisi bandar dan luar bandar perlu dikaji semula dengan mengambil kira kedudukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
iii. Dasar penempatan guru permulaan dalam mata pelajaran kritikal di kawasan luar bandar dan pedalaman hendaklah dianggap sebagai satu khidmat negara.
Teras 5: Memartabatkan Profesion Keguruan
Fokus: Memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan.
Pelaksanaan: Menaiktaraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah. KPM juga akan menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru.
CONTOH PELAKSANAAN:
i. Elaun khas kepada guru berdasarkan peformance-based.
ii. Mewujudkan pusat latihan (seperti Pusat Kokurikulum) bagi menanamkan sikap posit kepada guru permulaan serta guru yang telah berkhidmat lebih lima tahun
iii. Memperkenalkan konsep four of duty dengan memberi markah bonus untuk urusan kenaikan pangkat bagi guru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman.
Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Fokus: Memastikan institusi pendidikan di Malaysia mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.
Pelaksanaan: Membentuk Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) berasaskan akademik kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus. Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini akan dirangkaikan dengan institusi temama tempatan dan luar negara, menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa ada menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti daripada kluster ini akan dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.
CONTOH PELAKSANAAN:
i. Semua Pengetua/Guru Besar perlu mengekalkan prestasi lebih 80 peratus sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut.
ii. Menyediakan mekanisme penilaian bagi membolehkan murid menilai guru dan guru menilai pihak pentadbir sekolah untuk tingkatkan kecemerlangan SKK.
iii. Memantapkan jaringan kerjasama pelbagai pihak tempatan dan luar negara seperti universiti awam/Institusi pengajian tinggi swasta bagi melonjakkan SKK mengikut bidang kebitaraan masing-masing.
c) ANALSIS PENCAPAIAN TERAS STRATEGIK PIPP
Teras Strategik Pembangunan | Analisis Pencapaian | ||
Berjaya dicapai | Masih diteruskan | Gagal | |
Teras 1 Membina Negara Bangsa
| Prestasi pencapaian: 87.9% Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasa bahasa kebangsaan | Integrasi nasional dan memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa | Identiti bangsa Malaysia masih berdasarkan kaum |
Teras 2 Membangunkan Modal Insan
| Prestasi pencapaian: 92.9% Menggerakkan usaha melengkapkan diri pelajar dengan kemahiran komunikasi, kebolehan menggunakan ICT dengan baik, berfikir secara kreatif dan kritis, dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat | Membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri, berakhlak mulia berpengetahuan dan berketerampilan bagi mengisi keperluan ke arah negara maju | Pengangguran masih berlaku kerana grluan masih berharap untuk makan gaji Masalah sosial & jenayah masih tinggi |
Teras 3 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
| Prestasi pencapaian: 86.0% Memperkenalkan dasar memperkasakan SK supaya SK kekal sebagai pilihan utama masyarakat Malaysia | Menjadikan sekolah kebangsaan beraspirasi nasional, meningkatkan kecemerlangan pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana | SJK (C) & (T) masih ada Sekolah antarabangsa & sekolah agama berkembang menjadi pilihan |
Teras 4 Merapatkan Jurang Pendidikan
| Prestasi pencapaian: 98.0% Membangunkan infrastruktur sekolah luar bandar, tingkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran dan menambahbaik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti. | Memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang | Pelajar perempuan mendominasi pendidikan tinggi Sekolah luar bandar masih ketinggalan Pencapaian murid luar bandar rendah. |
Teras 5 Memartabatkan Profesion Keguruan
| Prestasi pencapaian: 90.8% Memantapkan latihan perguruan & kerjaya guru, dan menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru. | Memartabatkan profesion keguruan (tingkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru). | Graduan perguruan masih menganggur. |
Teras 6 Melonjakkan kecemerlangan Institusi Pendidikan | Prestasi pencapaian: 95.2% Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan penglibatan yang lebih aktif dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA. | Ya. Membangunkan sistem pendidikan rendah hingga IPT bertaraf dunia dengan tujuan melahirkan insan yang berupaya untuk bersaing | Belum mendapat pengiktirafan terbaik peringkat antarabangsa |