7.3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)

 a) Misi & Matlamat PIPP 




b) Teras Strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan






Teras 1: Membina Negara Bangsa

Fokus: Membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik&cintakan negara, menyanjung & menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. 

Pelaksanaan: Memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin murid, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab dalam kalangan murid.

CONTOH PELAKSANAAN:

i. Penyertaan murid daripada pelbagai kaum bagi aktiviti kokurikulum.

ii. Konsep perpaduan perlu diterapkan dalam semua aktiviti pendidikan.

iii. Menerapkan nilai-nilai kekitaan dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.

Teras 2: Membangunkan Modal Insan

Fokus: Tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri murid. Teras ini juga berhasrat melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran.

Pelaksanaan: Menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin murid serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan.

CONTOH PELAKSANAAN:

i. Penyediaan profil murid untuk mengenalpasti tahap penguasaan.

ii. Penggunaan modular dan pelbagai kaedah pengajaran untuk penguasaan 3M.

iii. Penekanan kepada pembangunan nilai, etika dan jati diri, daya kreativiti dan inovasi

serta kepimpinan dan keusahawanan.

Teras 3: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Fokus: Memperkasakan sekolah kebangsaan supaya menjadi pilihan utama masyarakat.

Pelaksanaan: Sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan TMK. Sekolah dibekalkan guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. 

CONTOH PELAKSANAAN:

i. Guru terlatih mencukupi mengikut opsyen terutama di luar bandar dan pedalaman.

ii. Semua sekolah menekankan keperluan asas infrastruktur lengkap dan berfungsi.

iii. Pengetua/Guru Besar diberi tempoh percubaan selama setahun untuk capai KPI.


Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan

Fokus: Merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan murid untuk mengurangkan perbezaan daripada seg penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian murid serta keciciran .

Pelaksanaan: Membangunkan kemudahan infrastruktur pendidikan di luar bandar Saban dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minimum. Lebih banyak bantuan kepada murid miskin, bekeperluan khas dan kumpulan minont mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman. 

CONTOH PELAKSANAAN:

i. Sekolah-sekolah pinggir bandar juga perlu diberi tumpuan kesesakan murid dan keperluan asas serta guru. 

ii. Asrama desa dan asrama harian diperluaskan. Definisi bandar dan luar bandar perlu dikaji semula dengan mengambil kira kedudukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

iii. Dasar penempatan guru permulaan dalam mata pelajaran kritikal di kawasan luar bandar dan pedalaman hendaklah dianggap sebagai satu khidmat negara.


Teras 5: Memartabatkan Profesion Keguruan

Fokus: Memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan.

Pelaksanaan: Menaiktaraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah. KPM juga akan menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru.

CONTOH PELAKSANAAN:

i. Elaun khas kepada guru berdasarkan peformance-based.

ii. Mewujudkan pusat latihan (seperti Pusat Kokurikulum) bagi menanamkan sikap posit kepada guru permulaan serta guru yang telah berkhidmat lebih lima tahun

iii. Memperkenalkan konsep four of duty dengan memberi markah bonus untuk urusan kenaikan pangkat bagi guru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman.


Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Fokus: Memastikan institusi pendidikan di Malaysia mampu bersaing pada peringkat antarabangsa. 

Pelaksanaan: Membentuk Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) berasaskan akademik kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus. Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini akan dirangkaikan dengan institusi temama tempatan dan luar negara, menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa ada menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti daripada kluster ini akan dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.

CONTOH PELAKSANAAN:

i. Semua Pengetua/Guru Besar perlu mengekalkan prestasi lebih 80 peratus sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut.

ii. Menyediakan mekanisme penilaian bagi membolehkan murid menilai guru dan guru menilai pihak pentadbir sekolah untuk tingkatkan kecemerlangan SKK.

iii. Memantapkan jaringan kerjasama pelbagai pihak tempatan dan luar negara seperti universiti awam/Institusi pengajian tinggi swasta bagi melonjakkan SKK mengikut bidang kebitaraan masing-masing.


c) ANALSIS PENCAPAIAN TERAS STRATEGIK PIPP

Teras Strategik Pembangunan

Analisis Pencapaian

Berjaya dicapai

Masih diteruskan

Gagal

Teras 1

Membina Negara Bangsa

 

 

Prestasi pencapaian: 87.9%

Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasa bahasa kebangsaan


Integrasi nasional dan memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa

Identiti bangsa Malaysia masih berdasarkan kaum

Teras 2

Membangunkan Modal Insan

 

 

Prestasi pencapaian:  92.9% 

Menggerakkan usaha melengkapkan diri pelajar dengan kemahiran komunikasi, kebolehan menggunakan ICT dengan baik, berfikir secara kreatif dan kritis, dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat


Membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri, berakhlak mulia berpengetahuan dan berketerampilan bagi mengisi keperluan ke arah negara maju

Pengangguran masih berlaku kerana grluan masih berharap untuk makan gaji

Masalah sosial & jenayah masih tinggi

Teras 3

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

 

Prestasi pencapaian: 86.0%

Memperkenalkan dasar memperkasakan SK supaya SK kekal sebagai pilihan utama masyarakat Malaysia

Menjadikan sekolah kebangsaan beraspirasi nasional, meningkatkan kecemerlangan pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana


SJK (C) & (T) masih ada

Sekolah antarabangsa & sekolah agama berkembang menjadi pilihan

Teras 4

Merapatkan Jurang Pendidikan

 

Prestasi pencapaian: 98.0% 

Membangunkan infrastruktur sekolah luar bandar, tingkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran dan menambahbaik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti.


Memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang

Pelajar perempuan mendominasi pendidikan tinggi 

Sekolah luar bandar masih ketinggalan

Pencapaian murid luar bandar rendah.

Teras 5 Memartabatkan Profesion Keguruan

 

Prestasi pencapaian: 90.8% 

Memantapkan latihan perguruan & kerjaya guru, dan menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru.


Memartabatkan profesion keguruan (tingkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru).

Graduan perguruan masih menganggur.

Teras 6

Melonjakkan kecemerlangan Institusi Pendidikan

Prestasi pencapaian: 95.2%

Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan penglibatan yang lebih aktif dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA.


Ya. Membangunkan sistem pendidikan rendah hingga IPT bertaraf dunia dengan tujuan melahirkan insan yang berupaya untuk bersaing

Belum mendapat pengiktirafan terbaik peringkat antarabangsa


No comments:

Post a Comment

Ahli Kumpulan