7.4

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-PPPM(2013-2025)


OBJEKTIF PPPM

i. Memahami prestasi dan cabaran semasa dalam sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan askes kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuh perpaduan dalam kalangan murid dan mengoptimumkan kecekapan sistem.

ii. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun.

iii. Menggariskan program transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

 

GELOMBANG&ANJAKAN PPPM

Gelombang 1 (2013-2015)

·       Melaksana Program Transformasi Daerah.
·       Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan
·       Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah
·       Melaksanakan KSSR & Bahasa Malaysia SJK
·       Mengukuhkan praktikum dalam program Vokasional.
·       Meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah.
·       Mentransformasi Kementerian dengan meletakkan pemimpin terbaik.
·       Memperluaskan LINUS & penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris.
·       Mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar sekolah Band 5, 6 & 7.
·       Membina soalan peperiksaan berelemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
·       Meningkatkan standard pengajaran B. Malaysia, B. Inggeris, Matematik dan Sains.
·       Mengukuhkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) melalui kurikulum, pengujian dan latihan guru.

 

Gelombang 2 (2016-2020)

·       Melaksanakan KSSM dan KSSR (semakan semula).
·       Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM
·       Memperoleh akriditasi antarabangsa kurikulum matrikulasi.
·       Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus.
·       Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi.
·       Menyusun semula peranan bahagian utama KPM, JPN dan PPD.
·       Pilihan program untuk meningkatkan pendedahan bahasa Inggeris.
·       Memacu inovasi ICT untuk pembelajaran jarak jauh dan terarah kendiri.
·       Meningkatkan sokongan kepada guru bagi penambahbaikan pengajaran.
·       Memperluas pilihan pendidikan vokasional melalui pendidikan vokasional swasta.

Gelombang 3 (2021-2025)

·       Melaksanakan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khas.
·       Membudaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan setugas.
·       Meningkatkan inovasi kemahiran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
·       Pengstrukturan sekolah untuk menentukan keperluan mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan.
·       Mempertingkatkan pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan kurikulum dan pengurusan kewangan.
·       Memperkasa kementerian dan menginstitusikan transformasi melalui pengukuhan kemajuan dan kerjaya pegawai kementerian.

 

11 ANJAKAN PPPM


 NOTA TAMBAHAN


 Cabaran Menjayakan PPPM (2013-2025)

Cabaran

Keterangan

 

Contoh

 

Akses

 

Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing- masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.

100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan.

Ekulti

 

Sistem pendidikan berprestasi tinggi yang menyediakan pendidikan terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi.

Merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.

 

Kualiti

 

Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan pendidikan megara maju.

Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA.

 

Perpaduan

Menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah.

 

 

Kecekapan

 

Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, kmenterian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.

 

 


Aspirasi Kemenjadian Murid



Aspirasi

Keterangan

 

Pengetahuan

 

·       Menguasai mata pelajaran teras dan pengetahuan umum tentang dunia.

·       Menguasai bidang pilihan, mampu memanfaat, menghubung dan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari, dan mampu menghargai kesenian, kebudayaan, serta sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM).

 

Kemahiran Dwibahasa

 

·       Menguasai bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan satu lagi bahasa komunikasi antarabangsa (sebagai tambahan).

 

 

Kemahiran Berfikir

 

·       Bersikap ingin tahu dan inovatif, boleh mengaplikasi dan menjana pengetahuan bagi penyelesaian masalah.

·       Menghayati pendapat yang pelbagai, berfikir secara kritikal dan inovatif, dan berkemahiran menyelesai masalah serta berciri keusahawanan.

 

Etika & Kerohanian

 

·       Mempunyai asas moral yang kukuh dan keberanian membuat keputusan yang betul.

·       Beretika dan bermoral, mempunyai kerohanian mantap, penyayang dan prihatin, menghayati pembangunan mampan dan gaya hidup sihat.

 

 

Kemahiran Memimpin

 

·       Mempunyai kemahiran berkomunikasi, berciri keusahawanan, cekal dan boleh memimpin serta bekerja secara berpasukan.

·       Komunikator yang berkesan, cerdas emosi dan mampu berinteraksi merentas budaya, bertanggungjawab, berdaya saing, cekal dan yakin.

 

 

Identiti Nasional

 

·       Mempunyai jati diri kebangsaan, menghargai kepelbagaian dalam masyarakat dan memahami aspirasi negara.

 


No comments:

Post a Comment

Ahli Kumpulan